Sunday, October 24, 2010

LATARBELAKANG SYARIKAT


DANEA SERVICES SDN. BHD. (886013-P) ditubuhkan dan didaftarkan pada 13hb Januari 2010 dan DANEA SERVICES (001890643-P) didaftarkan pada 28hb Ogos 2009. DSSB dan DS telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia   dilihat antara usaha menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera dalam era pembangunan yang semakin memberangsangkan ini. DSSB dan DS merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera.
DSSB dan DS telah banyak menimba pengalaman dalam sektor pembinaan, bekalan dan juga perkhidmatan melalui Syarikat pertama kami iaitu Seirra Enterprise yang telah ditubuhkan pada tahun 1997 dimana syarikat tersebut telah berjaya memperolehi lesen PKK dalam kelas F dan juga lesen dari Kementerian Kewangan Malaysia, berdasarkan dari pengalaman tersebut kami mengambil inisiatif dengan  menubuhkan syarikat DSSB antara lain memberi kesempatan kepada kami bagi mempelbagaikan produk dan perkhidmatan serta memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan kepada warga tempatan amnya selain dapat meningkatkan lagi ekonomi Negara.

VISI SYARIKAT
Menjadi sebuah syarikat berdaya maju dan berdaya saing dalam sektor pembinaan bangunan (memperoleh lesen PKK dalam Kelas A), bekalan dan perkhidmatan di samping menerokai peluang-peluang baru bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
MISI SYARIKAT
Cekal bagi memastikan usaha syarikat berjaya untuk menjadi sebuah syarikat yang disenangi dalam sektor pembinaan bangunan, bekalan dan perkhidmatan melalui proses pembangunan profesional, berkualiti dan memuaskan pada tahap maksimum.

1 comment:

  1. slm...

    Nak minta quotation utk jentani 16 K
    complete set

    ReplyDelete